SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG WAJACLUB MALAYSIA
IKRAR WAJACLUB
BAHAWASANYA KAMI KELAB PEMILIK KERETA WAJA, DENGAN INI MERAKAM SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI-AHLI ATAS SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIAKAWAN SAMA ADA DALAM MAKNA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN. SELARAS DENGAN DASAR MISI DAN VISI KELAB, MAKA KAMI DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI,

* BERAZAM AKAN MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN KELAB SERTA MENJAGA NAMA BAIK KELAB DI PERSADA DUNIA PERMOTORAN NEGARA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA

* BERAZAM AKAN MENJADIKAN KELAB KAMI SEBUAH ENTITI YANG DAPAT MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA DARI SUDUT DUNIA PERMOTORAN

* BERAZAM AKAN MENINGKATKAN MARTABAT DUNIA PERMOTORAN NEGARA KE TAHAP GLOBAL.

* BERAZAM AKAN MEMERANGI SEGALA GEJALA-GEJALA NEGATIF SEBALIKNYA MENJADIKAN AKTIVITI BERKELAB SEBAGAI SATU INTITUSI YANG MENGUNTUNGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

* BERAZAM AKAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT CINTAKAN BARANGAN TEMPATAN DALAM ERTIKATA PATRIOTIK YANG SEBENAR.

* DAN

* BERAZAM AKAN MEMASTIKAN WAJACLUB MELAHIRKAN GENERASI PELAPIS YANG BERGUNA PADA MASYARAKAT MALAYSIA

testing

Waja Club Chat


Get your own Chat Box! Go Large!

Jumaat, 12 Februari 2010

Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek Semuanya Tiruan

ALAMAK!!!!! Berhati-Hati Semasa Membeli Minyak Enjin!!!!!!!!!!

Jom Kita Ikuti Kisah Wartawan Yang Saya Terima Melalui Email Nih





Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada
asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya
menemui yang lebih besar.


Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian


Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan


Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas. Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.


Lelaki itu -"U siapa?"
Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?"
Lalu saya menunjukkan tag nama saya.
Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."
Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.
Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami,kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."
Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marahdengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mautunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"
Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, taktaulah apa yang diadukannya.
Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?
Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak
mau."
KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRMuntuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun
lalu. Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit
kes nakortik.










Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui. Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.

Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol. Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.

Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar. Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri
keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.

Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis kebengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.








1 ulasan:

  1. MAXOIL YG TERBAIK..
    http://aquramaxoil.blogspot.com/

    Untuk mendapatkan KAD DISKAUN MAXOIL emel atau sms saya seperti berikut Nama, No IC, No Tel, Alamat. Dan transfer RM10 ke akaun 02093020025132 (BIMB)atau 13020113532521 (CIMB)Daftar sekarang di sini mohdariftrg@yahoo.com.my atau sms : 017-4596869(ARIF)
    Tawaran untuk mendapatkan Diskaun Seumur Hidup bagi semua barangan Maxoil.

    BalasPadam

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

AGM Waja Club 2010